+603-6148 9980 +6017-468 0825 [email protected]

Log Masuk

Daftar

Setelah mempunyai akaun berdaftar, anda boleh melihat status pembayaran, status tempahan, invois dan pelbagai lagi data melalui panel akaun.
Username*
Email*
Password*
Confirm Password*
*Email yang diberikan adalah kepunyaan saya.
Tandakan kotak pengesahan anda menggunakan email sendiri.

Sudah mempunyai akaun?

Log Masuk
+603-6148 9980 +6017-468 0825 [email protected]

Log Masuk

Daftar

Setelah mempunyai akaun berdaftar, anda boleh melihat status pembayaran, status tempahan, invois dan pelbagai lagi data melalui panel akaun.
Username*
Email*
Password*
Confirm Password*
*Email yang diberikan adalah kepunyaan saya.
Tandakan kotak pengesahan anda menggunakan email sendiri.

Sudah mempunyai akaun?

Log Masuk

TERMA & SYARAT

Peserta pelancongan adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti syarat-syarat dan terma-terma ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah atau percutian Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd.

Syarat-syarat dan terma-terma ini berpandukan kepada peruntukan terma dan syarat di dalam Akta Industri Pelancongan 1992

Sebaik sahaja Peserta Pelancongan membayar deposit dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah atau kembara Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd., Peserta Pelancongan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua syarat-syarat dan terma-terma tambahan ini.

1. DEPOSIT

Deposit sebanyak 25% daripada tambang pelancongan yang dilanggan akan dikenakan bagi setiap seorang Peserta Pelancongan. Bakinya atau bayaran penuh perlu dibuat dalam masa (EMPAT BELAS) 14 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan Pengembara Persorangan (FIT) dan (DUA PULUH SATU) 21 hari bagi pakej pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk memenuhi terma ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.

2. CAJ PINDAAN

2.1 Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)

2.1.1 Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiannya kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50.00 seorang bagi setiap perubahan.

2.1.2 Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa (LAPAN) 8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.

2.2.3 Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada caj pembatalan sepertimana yang diiktirafkan dalam dasar pembatalan pada Fasal 3 Terma dan Syarat ini.

2.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan

2.2.1 Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuat dalam masa (EMPAT BELAS) 14 hari sebelum tarikh berlepas.

2.2.2 Walau bagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat syarikat penerbangan masing-masing.

2.2.3 Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal.

3. CAJ PEMBATALAN BAGI PEMBATALAN YANG DIBUAT OLEH ANGGOTA PELANCONGAN

3.1 Bagi Pakej Pelancongan FIT

3.1.1 Sebarang pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. menerima notis untuk membatalkan tempahan itu (TIGA PULUH) 30 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 10% daripada deposit pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih rendah) akan dikenakan terhadap Peserta Pelancongan.

3.1.2 Jika notis pembatalan itu diterima (DUA PULUH SEMBILAN) 29 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikutnya akan terpakai:

3.1.3 Dasar pembatalan setiap satu syarikat penerbangan mengenai promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam Fasal 3.1.2 Terma dan Syarat ini. (Catatan: Tiket penerbangan adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluannya. Apa-apa pindaan kepada laluan atau perubahan tarikh perjalanan oleh mana-mana pelancong adalah semata-mata atas risikonya sendiri. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. atau agen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, apa-apa bayaran balik yang dibuat oleh mana-mana syarikat penerbangan untuk pembatalan yang dibuat (DUA) 2 hari bekerja atau kurang sebelum hari perjalanan bagi tambang bukan promosi hendaklah dibayar kepada pelancong selepas ditolak apa-apa caj pentadbiran yang ditanggung oleh Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd.)

3.2 Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan

3.2.1 Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. menerima notis untuk membatalkan tempahan (EMPAT PULUH LIMA) 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas. Fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) akan dikenakan terhadap setiap Peserta Pelancongan.

3.2.2 Jika notis pembatalan itu diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikutnya akan terpakai:

4. PEMBATALAN OLEH OUR DEEN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

4.1 Pakej Pelancongan FIT

4.1.1 Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk membatalkan pakej pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan, wabak penyakit atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang diluar kawalan Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd.

4.1.2 Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya pelancong memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran yang harus dibayar.

4.2 Pakej Pelancongan Berkumpulan

4.2.1 Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk membatalkan pakej pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan, wabak penyakit atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang diluar kawalan Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd.

4.2.2 Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya pelancong memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran yang harus dibayar.

4.2.3 Jika keadaan memerlukan Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. membatalkan pakej pelancongan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut:-

4.3 Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd berhak membatalkan pakej pelancongan sekiranya pelancong didapati tidak memberi kerjasama.

5. DOKUMEN PERJALANAN

5.1 Tanggungjawab Pelancong

Ahli Pelancongan mestilah mempunyai:

a) Passport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya (ENAM) 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal;

b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati.

5.2 Tanggungjawab Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd.

Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. mengaku janji untuk:

a) Menasihati pelancong mengenai dokumen yang diperlukan;

b) Setakat yang mungkin, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. akan membantu pelancong untuk

memperoleh visa yang sesuai. Walaubagaimanapun, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.

5.3 Fi Dan Caj Yang Relevan

Caj perkhidmatan dan fi visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pelancong.

5.4 Penolakan Visa Atau Dokumen Perjalanan

Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak fi pentadbiran akan dibayar balik.

5.5 Penolakan Kemasukan

Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana pelancong tidak dibenarkan masuk atau diusir oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab- sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.

6. MAKLUMAT LAWATAN DAN HARGA

6.1 Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak menaikkan harga dengan syarat ia memberitahu Peserta Pelancongan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak menaikkan harga dengan syarat ia memberitahu Peserta Pelancongan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

6.2 Penetapan Harga Akhir Pakej adalah bermula dari (EMPAT PULUH LIMA) 45 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.

6.3 Pengeluaran resit rasmi OUR DEEN TRAVEL & TOURS SDN. BHD. Adalah setelah pengesahan pembayaran dibuat secara tunai @ dalam talian (bank-in).

6.4 Pembayaran melalui cek mestilah berpalang di atas nama OURDEEN TRAVEL & TOURS SDN. BHD. dengan menggunakan akaun: RHB ISLAMIC BANK BERHAD 2625 8600 0055 72

6.5 Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut termasuk di dalam tambang pelancongan:-

(a) Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.

(b) Penginapan hotel, berdasarkan:

(i) Dasar berkongsi (dua orang sebilik);

(ii) Tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian orang itu hendaklah membayar tambahan seorang);

(iii) Berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama). Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang,tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang berkongsi satu bilik dimana-mana berkenaan. Tambang pelancong kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur (SATU) 1 tahun tetapi tidak melebihi (DUA BELAS) 12 tahun, yang berkongsi bilik kembar dengan orang dewasa.

(c) Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.

(d) Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.

(e) [Umrah pada setiap hari (niat Umrah di Tanaim)] Bagi Pakej Umrah Sahaja.

Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah:

(a) Dobi;

(b) Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim; (c) Rombongan pilihan;

(d) Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan

(e) Semua perkara persendirian.

6.6 Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. hanya menerima pembayaran secara tunai, draf bank atau cek persendirian. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak menahan penempahan pakej Peserta Pelancongan sehingga penunaian bayaran deposit melalui draf bank atau cek persendirian Peserta Pelancongan. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab sekiranya pakej yang Peserta Pelancongan tempah telah habis dijual akibat kelewatan penunaian draf bank atau cek persendirian. Bagi pembayaran pakej yang kurang dari (TUJUH) 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian sekiranya tiada pembayaran pakej secara tunai dibuat, boleh mengakibatkan pakej Peserta Pelancongan terbatal secara automatik dan mana-mana bayaran pakej yang telah dibayar akan kehilangan hak deposit mengikut Akta Industri Pelancongan 1992.

7. BAYARAN BALIK UNTUK PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIGUNAKAN

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana- mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana- mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh pelancong atas sebab peribadi.

8. KETEPATAN BUTIRAN ATAU MAKLUMAT PERIBADI SEMASA PENEMPAHAN PAKEJ

Semasa penempahan pakej, semua butiran yang Peserta Pelancongan beri kepada Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah maklumat yang akan diguna pakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang Peserta Pelancongan langgani. Peserta pelancongan dikehendaki menyemak semua butiran/maklumat peribadi sendiri sebelum membuat pembayaran deposit dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat diberi adalah benar dan muktamad.

Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat dari kesilapan butiran atau maklumat peribadi yang Peserta Pelancongan beri. Peserta pelancongan adalah tanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan Peserta Pelancongan sebelum membuat bayaran deposit. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk menolak tempahan Peserta Pelancongan sekiranya tahap kesihatan Peserta Pelancongan didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri sendiri atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota lain di dalam kumpulan pelancongan Peserta Pelancongan.

Sekiranya Peserta Pelancongan memerlukan bantuan disebabkan oleh tahap kesihatan Peserta Pelancongan, Peserta Pelancongan diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu Peserta Pelancongan sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubatan sendiri.

Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga Peserta Pelancongan secara peribadi atau memberikan ubatan sekiranya Peserta Pelancongan sakit. Sekiranya keadaan Peserta Pelancongan memerlukan penjagaan secara peribadi Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak mengenakan bayaran tambahan kepada Peserta Pelancongan bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga Peserta Pelancongan.

9. PENGESAHAN MAKLUMAT SERTA BUTIRAN PAKEJ YANG BETUL

Peserta pelancongan dikehendaki menyemak maklumat mengenai pakej yang ditempah sebelum membuat pembayaran deposit. Seperti harga pakej, tarikh penerbangan pergi dan balik dan waktu berlepas dan ketibaan, pakej yang dipilih termasuk hotel penginapan dan jenis bilik yang dipilih dan lain- lain maklumat seperti yang tertera pada resit pembayaran dan/atau surat pengesahan. Peserta pelancongan adalah dianggap telah bersetuju dengan semua maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau kos tambahan pada pakej Peserta Pelancongan sekiranya Peserta Pelancongan gagal melaporkan sebarang risiko atau kos tambahan pada pakej Peserta Pelancongan sekiranya Peserta Pelancongan gagal melaporkan sebarang kesilapan atau peninggalan di dalam butiran pakej Peserta Pelancongan dalam tempoh (DUA PULUH EMPAT) 24 jam dari tarikh resit atau surat pengesahan.

10. TIKET PENERBANGAN

Pakej Peserta Pelancongan adalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA/KLIA 2 ke destinasi yang dituju sahaja tetapi tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA/KLIA 2. Walaupun surat pengesahan berserta jadual penerbangan Peserta Pelancongan telah dicetak, jadual tersebut masih tertakluk kepada pindaan oleh syarikat penerbangan.

Oleh yang demikian, sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pindaan jadual penerbangan, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menanggung sebarang ganti rugi termasuk mengganti rugi bayaran perubahan tiket domestik, hotel tambahan atau lain-lain kesusahan akibat dari pindaan tersebut.

Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi yang timbul akibat dari pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, misconnection, masalah teknikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan/kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.

11. PENGINAPAN HOTEL

11.1 KLASIFIKASI PENGINAPAN

Taraf bintang hotel yang dinyatakan di dalam mana-mana iklan, brosur atau surat menyurat dari Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah pentarafan yang diberikan oleh pihak hotel tersebut kepada Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai rujukan sahaja. Pentarafan hotel dan jumlah bintang mungkin berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh memberikan sebarang jaminan tentang kesesuaian hotel tersebut mengikut pentarafan hotel seperti yang diiklankan. Peserta pelancongan tidak boleh membatalkan pakej Peserta Pelancongan di atas alasan kekhilafan pentarafan hotel.

11.2 PERUBAHAN HOTEL

Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej di atas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik dengan syarat notis awal dimaklumkan kepada Peserta Pelancongan sekurang- kurangnya (DUA PULUH EMPAT) 24 jam dari tarikh masuk ke hotel tersebut. Sekiranya berlaku, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi sebarang masalah yang timbul akibat dari pengganti hotel penginapan tersebut.

11.3 POLISI HOTEL

Polisi mengenai waktu kemasukan (check-in) dan keluar (check-out) hotel penginapan adalah berbeza mengikut polisi hotel berkenaan. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang Peserta Pelancongan alami akibat dari kuatkuasa polisi check-in dan check-out hotel berkenaan.

11.4 JENIS DAN KLASIFIKASI BILIK

Jenis dan klasifikasi bilik termasuk fasiliti (kemudahan) yang disediakan di dalam bilik tersebut adalah berbeza mengikut hotel dan negara destinasi. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak memberi jaminan bahawa bilik penginapan Peserta Pelancongan akan sama seperti yang digambarkan di dalam iklan atau brosur kami. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang akan Peserta Pelancongan alami akibat dari perbezaan jenis dan klasifikasi bilik yang Peserta Pelancongan terima atau kekurangan ameniti yang ada di dalam bilik tersebut.

12. ATURCARA PAKEJ

12.1 TIADA JAMINAN KESESUAIAN ATURCARA.

Walaupun Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak memberikan jaminan bahawa semua aturcara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti sekiranya timbul sebarang masalah, kesakitan, kecelakaan, atau kematian akibat dari mana-mana bahagian aturcara pakej yang Peserta Pelancongan ikuti sama ada aturcara tersebut dinyatakan di dalam surat pengesahan, iklan, atau brosur Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. atau aturcara pilihan Peserta Pelancongan sendiri. Peserta pelancongan adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikuti pakej Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd.

12.2. KEMUNGKINAN PERTUKARAN ATURCARA

Tertakluk kepada Peraturan 9 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 sekiranya berlaku pertukaran aturcara dan Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. terpaksa mengadakan aturcara alternatif sebagai ganti, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab untuk memastikan bahawa aturcara alternatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai serupa dengan aturcara asal yang diganti.

13. BAGASI

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagi bagasi percuma dengan sesuatu jumlah dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. akan menasihati pelancong tentang syarat-syarat itu. Pelancong dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi.

14. KEMUNGKINAN PERTUKARAN

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan laluan diubah. Jika ini berlaku, Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.

15. HAK UNTUK MENOLAK PENEMPAHAN

Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk Peserta Pelancongan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi Peserta Pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan membenarkan mana-mana Peserta Pelancongan menyertai pelancongan itu. Dalam mana- mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada pelancong itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan fi perkhidmatan serta fi pembatalan.

16. TANGGUNGJAWAB OUR DEEN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. dan agen bersekutunya hendaklah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam brosur mereka. Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd hendaklah membayar pampasan yang sesuai seperti yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya terdapat di dalam brosur dan Perjanjian.

17. INSURANS PERJALANAN

Semua Peserta Pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.

Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. hanya menyediakan perlindungan takaful berkelompok yang terhad seperti yang dinyatakan di dalam brosur. Sepertimana peruntukan Peraturan 12 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, Peserta Pelancongan adalah sangat disarankan untuk mengambil insurans perjalanan tambahan untuk melindungi perjalanan Peserta Pelancongan. Peserta pelancongan bebas memilih syarikat insurans yang bersesuaian dengan keperluan Peserta Pelancongan dan jenis perlindungan yang terbaik untuk diri Peserta Pelancongan.

Apabila Peserta Pelancongan memilih untuk tidak mengambil insurans perjalanan tambahan, ianya bermaksud Peserta Pelancongan telah mengetahui dan bersetuju untuk menerima liabiliti dan risiko penalti pembatalan, ganti rugi dan perbelanjaan tambahan di luar jangkaan termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan kecemasan perubatan semasa perjalanan.

Sekiranya Peserta Pelancongan telah membeli insurans tambahan, Peserta Pelancongan adalah dinasihatkan supaya menyemak semula terma-terma yang terkandung di dalam polisi insurans tersebut bagi memastikan bahawa perlindungan yang diperolehi mencukupi.

18. PIHAK OUR DEEN TRAVEL & TOURS SDN. BHD. SEBAGAI PIHAK KETIGA/ PIHAK

Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. hanyalah perantara di antara Peserta Pelancongan dan syarikat penerbangan, hotel penginapan, syarikat pengangkutan dan/atau pembekal perkhidmatan (ground provider). Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah bukan pemilik atau pengendali mana-mana syarikat penerbangan atau pengangkutan, hotel penginapan atau mana-mana tempat lawatan atau mana-mana pembekal yang berkaitan dengan pakej Peserta Pelancongan. Oleh yang demikian, Our Deen Travel and Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kehilangan, kerosakan, kelewatan, kesusahan, atau kecederaan yang menimpa Peserta Pelancongan dari pecah kontrak, peninggalan sama ada disengajakan atau tidak atau kecuaian oleh syarikat penerbangan, syarikat hotel penginapan, syarikat pengangkutan dan/atau ground provider.

19. PENYELESAIANTINDAKAN

19.1 Ourdeen Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Peserta Pelancongan dengan ini bersetuju bahawa sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan terma dan syarat ini, akan diselesaikan dengan cara berikut: –

a) Ourdeen Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Peserta Pelancongan pertama akan cuba berbincang dengan baik di antara mereka sendiri;

b) Jika terdapat apa-apa perkara, pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian atau pelanggaran atau penamatan di sini yang tidak boleh dipersetujui oleh mana-mana Pihak atau yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh Pihak-Pihak, perkara, pertikaian atau tuntutan itu akan dirujuk ke Mahkamah.

20. FORCE MAJEURE

20.1 Pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan atau kegagalan untuk melaksanakan tanggungjawabnya menurut Terma & Syarat ini jika kelewatan atau kegagalan tersebut disebabkan oleh Force Majeure. “Force Majeure” bermakna suatu peristiwa atau keadaan yang bukan dalam kawalan munasabah satu Pihak, yang mana Pihak terjejas tidak dapat mencegah, mengelak atau mengeluarkan, dan yang menyebabkan Pihak tidak dapat mematuhi atau melaksanakan tanggungjawab di bawah Terma & Syarat ini , yang mana keadaan termasuk tindakan perang, tindakan musuh awam, keganasan, wabak penyakit, rusuhan, kekecohan awam, kerosakan yang berniat jahat, sabotaj, revolusi, banjir dan serangan. Untuk mengelakkan keraguan, kekurangan sumber kewangan tidak boleh ditafsirkan sebagai peristiwa Force Majeure.

20.2 Sebaik sahaja Pihak (dalam Klausa 20 ini disebut “Pihak terlibat”) akan mula mengalami berlakunya sesuatu peristiwa Force Majeure, Pihak yang terjejas hendaklah memberitahu Pihak yang satu lagi secara bertulis daripada tarikh kejadian Force Majeure. Pihak terlibat hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk mengurangkan kesan kejadian Force Majeure terhadap kewajipannya di bawah Perjanjian ini.

20.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat walaupun berlakunya sesuatu peristiwa Force Majeure untuk membantu dan menggunakan usaha terbaiknya untuk memastikan pematuhan dengan obligasi di bawah Perjanjian ini.

21. NOTIS

21.1 Apa-apa komunikasi/notis yang diberikan di bawah Terma & Syarat ini hendaklah dilakukan secara bertulis dan dihantar secara peribadi atau dihantar melalui pos berdaftar atau kurier, teleks atau telefaks.

21.2 Notis hendaklah disifatkan telah disampaikan seperti berikut: –

21.2.1 jika dihantar secara peribadi, pada masa penghantaran;

21.2.2 jika dihantar, apabila tamat tempoh TUJUH (7) hari selepas sampul Surat yang mengandungi sama telah dihantar ke dalam jagaan khidmat kurier;

21.2.3 jika dihantar melalui teleks atau telefaks, maka notis sedemikian oleh teleks atau telefaks hendaklah disifatkan telah disampaikan pada tarikh penghantaran dan pengesahan penerimaan; dan

21.2.4 dalam membuktikan perkhidmatan sedemikian, ia adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa penghantaran peribadi telah dibuat, atau bahawa sampul surat yang mengandungi notis itu dihantar ke dalam penjagaan perkhidmatan kurier atau teleks yang dihantar.